Wednesday, February 20, 2013

Sangat Lama Tak Menulis ni.

Haishhhhh.......!!!!

Lamanya x menulis kat blog ni...rasa cam dah kaku je.Blog page pon kematu je. Dulu aku seorang radiographer, atau bahasa senang nak paham, juru x-ray yang bekerja di hospital bersama-sama dengan doktor2, nurse2 untuk memastikan setiap hari peaskit mendapat kesihatan terbaik.....

Tetapi sekarang aku dah beralih bidang. Bidang yang memang x disangka2 akan aku ceburi. aku sekarang kerja sebagai sales  person kat sebuah company kat Kuala Lumpur. Wow!! sangat teruja pada mulanya bila aku terjun ke bidang ni, tetapi bila dah masuk setahun aku ceburinya, terasa perit juga lah dalam kerja sales ni...hahahahahha...xpe, aku tabahkan hati.aku pasang niat dan angan2 dalam hati, kenapa orang lain boleh berjaya?kenapa tidak aku?

2 tahun berlalu, aku semakin mendapat rentak dalam mengenali permainan2 selok belok kerja sebagai sales person ni. Dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan dan juga boss, aku kini semakin maju. terus melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang. Aku semakin berani untuk berlari dan terus berlari....

Ya, sekarang aku sudah berada di depan dan aku akan pastikan aku sentiasa di depan. Aku xnak jadi arnab, aku xnak juga jadi kura-kura. Aku ingin jadi seperti sepohon pokok bakau yang terus tegak berdiri walau dilanda ribut petir sekali pon.

Hari ini, dengan berkat usaha aku, dorongan rakan2, boss dan yang paling penting, semangat yang selalu ditiupkan oleh isteri aku tatkala aku hampir2 mengalah, aku telah mengecapi kejayaan sebagai seorang sales person yang agak di geruni oleh syarikat lawan. Alhamdulillah.

Saturday, May 2, 2009

1st Honeymoon Oct 2008


Gambar ni diambil semasa dala perjalannan atas bot ke pulau Redang.Cantiknya air ...x sabar dah nak terjun.perjalann ke tempat tingal kitaorang ambil masa lebih kurang 20 minit dari jeti utama Pulau Redang. Resort yang kitaorang duduk, Redang HOliday. best giler dia punya layann. VIP sungguh.

Saturday, November 1, 2008

10 October 2008 / 10 Syawal 1429


Pada tarikh keramat yang aku pilih ni,berakhirlah zaman bujang aku.Pada umur 27 tahun, aku memilih untuk tidak membujang lagi..hahahahha...dah sampai masa beb.muka je nampak cam budak2,tapi umur dah meningkat.Aku selamat dijab qabulkan di masjid Putra,Putrajaya pada 10-10-08 selepas sembahyang Jumaat. jadi,mula dari sat itu, aku telah memikul satu lagi tangungjawab yang amat besar dalam hidp aku terhadap keluarga aku sendiri. Dah ah cite tu. Ok, yang sebelah kiri aku tu,comel lote tu bini akulah. Umurnya lak 25 pada tahun ni. kami berkenalan dah 4 tahun sebelum memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan.....lama jugak tu.hehehe..

Saturday, October 4, 2008

family aku

Ni dia gambar keluarga aku yang diambil semasa hari raya tahun 2008.kat dalam gambar ni sume ada adik beradik aku dan ipar kecuali sorang je kakak aku yang sulung takde..dia mmg payah skit nak balik kampung,tiap2 tahun alsan dia x dapat cuti.aku pon keje jugak.tapi dapat je cuti.xpelah, tinggalaa dia dengan cite donggengnya tu.....apa yang aku nak cite kat sini,aku rasa sangat2 gembira pada tahun ini kerana dapat beraya kat kampung dengan hampir sume adik beradik dan dengan mak ayah .ni gambar ambik kat ruangan rumah yang baru di renovate.belum siap 100% pon.tapi dah raya, nak buat camne duduk jelah..tema raya tahun ini adalah biru.tetapi ada jugak yang xde biru.adik aku yang dua orang tu,yang pakai baju pink tu sbb baju raya x siap....kesian..aku plak yang pakai baju melayu purple tu sbb aku lupa nak beli baju melayu tahun ni.sibuk benda lain.xpelah.tahun depan ada lagi...insyAllah kalau panjang umur.tahun depan meti lagi gempak.aku nak buat tema lain lak.hahahahha...yang jadi mangsa keluarga aku ler..

Tuesday, July 29, 2008

Radiographer...

Radiographer....
keje aku adalah seorang radiographer.
atau bahasa melayunya dipanggil juru x-ray...
mula2 aku masuk kos ni aku pon xtau apabenda kos yang aku ambik at universiti ni...
macam pelik jer....tapi aku xde pilihan lain kalau aku x ambik peluang belajar ni...
kalau aku lepas peluang belajar ni,alamaknya aku x merasa ah kot belajar kat U...
takpe,aku take the risk,belajar je apa yang dderang nak ajar...heheehhe
maklumlah aku ni dari aliran teknik,manalah tau benda2 ni sume..lagi pon masa dapar offer kos ni dulu nama kos ni pengimejan perubatan atau bahasa plutonya medical imaging..
wow...mcam hebat jer...
bila dah abis belajar,dah grad,dah keje...baru aku paham sebenarnya kos ni membawa aku keje kat spital...tolong orang sakit ..hehheheheh

Tuesday, July 15, 2008

myself

Posing baekkk punya dengan A&E staff masa dinner Hospital.