Wednesday, February 20, 2013

Sangat Lama Tak Menulis ni.

Haishhhhh.......!!!!

Lamanya x menulis kat blog ni...rasa cam dah kaku je.Blog page pon kematu je. Dulu aku seorang radiographer, atau bahasa senang nak paham, juru x-ray yang bekerja di hospital bersama-sama dengan doktor2, nurse2 untuk memastikan setiap hari peaskit mendapat kesihatan terbaik.....

Tetapi sekarang aku dah beralih bidang. Bidang yang memang x disangka2 akan aku ceburi. aku sekarang kerja sebagai sales  person kat sebuah company kat Kuala Lumpur. Wow!! sangat teruja pada mulanya bila aku terjun ke bidang ni, tetapi bila dah masuk setahun aku ceburinya, terasa perit juga lah dalam kerja sales ni...hahahahahha...xpe, aku tabahkan hati.aku pasang niat dan angan2 dalam hati, kenapa orang lain boleh berjaya?kenapa tidak aku?

2 tahun berlalu, aku semakin mendapat rentak dalam mengenali permainan2 selok belok kerja sebagai sales person ni. Dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan dan juga boss, aku kini semakin maju. terus melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang. Aku semakin berani untuk berlari dan terus berlari....

Ya, sekarang aku sudah berada di depan dan aku akan pastikan aku sentiasa di depan. Aku xnak jadi arnab, aku xnak juga jadi kura-kura. Aku ingin jadi seperti sepohon pokok bakau yang terus tegak berdiri walau dilanda ribut petir sekali pon.

Hari ini, dengan berkat usaha aku, dorongan rakan2, boss dan yang paling penting, semangat yang selalu ditiupkan oleh isteri aku tatkala aku hampir2 mengalah, aku telah mengecapi kejayaan sebagai seorang sales person yang agak di geruni oleh syarikat lawan. Alhamdulillah.